Thursday, 6 July 2017

SELAMAT HARI RAYA !!!

Hey, its still not too late rite to wish you guys selamat hari raya maaf zahir & batin! Salam kosong-kosong hehe. Yelah raya kan sebulan? So memang tak terlambat lagi kan? 

Macam mana raya korang? Haruslah best kan? Gila tak best raya kott. Bonding time dengan family korang yang jauh kita rapatkan, yang dekat kita erat-eratkan. Itu pepatah melayu kan? Paling best sekali dapat makan ketupat aka nasi impit - bagi yang malas menganyam ketupat rebus nasi impit cap nona jelah kan senang ; kuah kacang, kuah lodeh, rendang ayam & daging dan tak lupa juga kepada segala jenis kuih muih yang ada dalam balang kuih raya dekat rumah korang tu. Too many foods to eat rite? Sampai berat badan semua naik mendadak HAHAHA biasalah hari raya tak fikir apa dah. Asalkan dapat makan all the foods sebab sedap sangat kannnnnnnnn - oh mai gad tetibe teringat dekat kuah kacang time cenggini - 

Biasanya seminggu sebelum raya mesti market penuh dengan manusia yang dok sibuk membeli barang nak masak malam raya. Usually sehari sebelum raya sebab time tu memang meriah market tu dengan manusia dari pelosok rumah datang shopping. Bukan shopping lauk je ada juga yang shopping baju raya for the last minute!! Nasib baik this year aku tak pergi jalan TAR sebab takda siapa yang nak teman - wehh sedih gila ( kasut raya pun takda lagi ni ) Bila aku masuk je aeon tu Allahu baju baju semua.....rambang mata sis. Tapi memandangkan baju dah ada, dapat cuci mata jelah. Yang penting KASUT RAYA TAK BELI LAGI SAMPAI HARINI. 

Aktiviti malam raya. Confirm la dapur rumah korang tu tetibe jadi macam orang nak buat kenduri kahwin 3 hari 3 malam. Yang tukang cuci ayam, yang tukang mengupas bawang sampai menangis air mata di pagi syawal - eh lagu tu ; yang tukang basuh periuk belanga, yang tukang menumbuk kacang - nak buat kuah kacang ( masih terliur lagi ) dan segala aktiviti la. Belum tengok yang luar rumah lagi. Yang tukang kacau dodol, yang main mercun, yang duduk je tengok apa tengah berlaku ( eh ada ke yang macam ni? ) sibuk kan semua orang malam raya? Aku rasa tu waktu yang paling best sekali sebab time tu pun engkorang dah boleh bonding time dengan family korang. Ada juga malam raya baru nak gerak ke kampung. Haa yang ni common thing. Jammed teruk weh highway!! Penuh-penuh!!! 

Tak kisah la apa korang buat waktu malam raya even dah tiba pagi raya esoknya tu asalkan dapat rasa that bonding time dengan family masing-masing is enough kan? Alhamdulillah this year walaupun tak ramai yang beraya dengan kitaorang but we still can felt those raya vibes. Since ada dua orang cousin aku yang dah kahwin so masing-masing balik ke rumah mertua. Ada juga yang kerja. Ada yang pakcik makcik yang balik kampung suami / isteri diaorang. Tak kisah la. Asalkan aku dapat makan HUAHUA. 

So guys, have take a look at these pictures of us during first raya. Selamat hari raya !!!