Thursday, 18 May 2017

UNEXPECTED FRIENDSHIP-BOND

Zaman sekarang ni susah nak cari kawan yang betul-betul ada dengan kau waktu susah & senang. Tapi kalau kau dapat seorang dua orang tu, kau memang & harus rasa bersyukur. Macam aku. Ye, aku memang ramai kawan. Tapi bak kata orang, bukan semua boleh ada dengan kau which means boleh tolong kau waktu susah. Tapi aku tetap rasa bersyukur sebab diaorang dah jadi part of my life. So, aku tak kisah sangat kalau bukan semua boleh tolong aku waktu aku susah. 

Waktu aku ada masalah, sedih semua aku mengadu dekat dia. Even dia tak ada experience lansung dalam hadap masalah yang aku ceritakan, tapi dia still bagi aku positive vibes so that aku tak stress or pressure. Masa mula-mula kawan dengan dia, tak ada lah aku fikir kita orang punya friendship jadi macam ni. Sebab kalau nak diikutkan, aku dengan dia baru je rapat. At last, dia jugalah yang selalu ada dengan aku. Entahlah rasa selesa nak cerita masalah aku dekat dia even baru rapat. Tak macam yang lain. Aku jadi kekok sebab aku tahu perangai dia orang macam mana. So, aku malas nak cerita lebih-lebih dekat dia orang semua. Cukuplah seorang. 

Masuk zaman universiti, aku takut aku tak dapat kawan yang macam aku impikan. Ex-roommate? Kita orang tak berapa ngam. Ok tolak tepi pasal dia. Jadinya, aku decide nak bercerita masalah dekat 3 orang housemate a.k.a DOCTOR LOVE. Each of them bagi opinion masing-masing & kita orang selalu nasihat each other. Biasalah perempuan...

What is the most unexpected is when I met those 6 amazing people which aku kenal dia orang masa awal-awal masuk sem. They are so amazing people & aku rasa best dapat kawan macam dia orang. Daripada tak reti lepak malam, aku jadi peng-lepak malam. Ops gais, aku bukan sosial sangat eh, Cuma bila bosan time tengah malam tu, memag aku join dia orang lepak. Hirup udara malam. Tak salah kan? 

Ramai orang kata, bila masuk zaman universiti kena pandai pilih kawan. And aku rasa aku terlalu pandai pilih kawan. Sebab apa? Sebab kita orang semua satu kepala. Nak pulak aku tetiba tunjukkan bakat aku yang tak berapa nak boek sangat ni bila lepak dengan dia orang. Ahh kantoi! Tapi tak apa lah. Aku pernah cakap dengan kawan aku... 

" Aku kalau dah selesa dengan orang, memang aku tunjuk perangai aku yang betul. Takda malu-malu"

Betul kan? Korang takkan rasa malu nak sendawa depan dia orang lepas kenyang makan nasi. Oh itu perangai aku sebenarnya. Mahu terkejut dia orang tengok aku time tu hahaha sorry guys! 

So, whoever korang yang aku cerita ni, you guys know who you are. Sebab kita selalu pergi mana-mana semua sama-sama. Kalau tak complete mesti tanya each other. Guys, thank you for being my friends. I really hope to be with you guys in many more years to come Inshaa Allah. You guys are always in my prayers.