Friday, 10 February 2017

STUDENT LIFE GITUU

Jadi student ni memang susah sikit. Memang busy je. Kadang-kadang takda masa nak rest. Kalau dapat rest pun kejap je lah. Tak dapat nak rest macam mana zaman sekolah dulu. Cerita pasal student life ni banyak cabangnya. Assignment. Presentation. Study. Dan lain lain. 

Assignment tu paling sakit la kot aku rasa? Sebab bak kata student lain, bukan senang nak cari teammate group assignment. Aku mula-mula macam tak berapa endah sangat pasal benda ni. Tapi bila dah masuk sini & dah rasa benda tu sendiri, so aku rasa memang betul la apa diaorang kata. Apa yang aku boleh kata, bukan semua perangai macam tu. Ada je yang boleh bagi cooperation time nak siapkan assignment. And ada jugak yang taknak buat kerja lansung!!!! Yang ni memang rasa macam nak mencarut 3 hari 3 malam!!! Tapi kita kena apa? Kena sabar? Banyaklah kau kena sabar. Kirim salam la dengan sabar aku ni. 

Presentation? Yang ni banyak cabang jugak. Yang kena present sesorang dekat depan & dengan group. Yang present sesorang dekat depan tu tak kisah sangat tapi ketaq lutut wehhhhh. Nak pulak kalau kena speaking haaa kau lagi la ketaqqqqq. Tapi aku okay jelah. Sebab aku pun memang selalu practice speaking. Tu kisah untuk diri sendiri. Kalau yang kisah kita dengar classmate pulak present? Ada la sejenis yang malu-malu kucing nak cakap bila dekat depan. Padahal kalau berborak dia la no 1. Suara mengalahkan Ning Baizura practice vokal. Tapi bila kena present dekat depan suara macam kucing meng-meowmeow dekat tuan dia. Kalau ada sejenis yang macam ni tolonglah berubah. Sebab kita semua dah masuk peringkat lain kan. Bukannya macam zaman sekolah nak kena malu-malu bagai. Yang kes present dengan group pun lebih kurang sama je dengan kes yang malu-malu kucing meow meow tu. Please. Berubah. 

Masuk bab study pulak. Yang ni pun agak teruk jugak lah. Sebab kita kena study sampai lewat malam pun ada gak. Ada yang bangun tengah malam. Aku taknak la cakap apa-apa sebab aku pun dah merasa macam mana strugglenya diri aku ni study sampai penat, pecah kepala otak ni sebab ada test, quiz semua. YA ALLAH tak boleh nak cakap macam mana stress tu. Demi mak & abah aku gigihkan jugak. Sebab yelah, kita mesti la nak tengok parents kita happy dengan kita kan? Susah-susah hantar kita study lepastu takkan kita nak memain je? Parents tu bukan patung ye anak-anak. Sementara diaorang ada ni, aku rasa kita memang patut bahagiakan diaorang dengan kejayaan kita. Ye kan? Betul kan? Insya Allah kita sama-sama usaha la ye? 

Ayuhlah kita bersama-sama usaha ke tangga menuju kejayaan!!! AYUHHHHH